Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh
Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
Hari ini aku nak tulis tentang 'dream life'. Dalam bahasa Melayu dipanggil 'mimpi hidup' ;p Apa itu 'mimpi hidup' sebenarnya?(pelik je bila diterjemah dalam bahasa Melayu) Adakah cukup dengan hanya makan, kerja, dan tidur? Aku ada satu stigma pemikiran yang mana aku merasakan bahawa hidup ini bukan sekadar kerja dapat gaji, bayar hutang, beli apa yang patut, pergi mana tempat nak pergi, kemudian kerja macam biasa balik...hujung bulan dapat gaji balik...dan cycle ni akan berulang-ulang sampai tua, sampai kita tak diperlukan lagi, dan waktu tua kita hidup berbekalkan duit pencen atau KWSP.
Adakah itu hidup yang kita inginkan. Keluar universiti, kerja dan kumpul duit...kemudian berkahwin. Lepas berkahwin, kumpul duit untuk buat pinjaman rumah. Pinjam RM200 ribu - RM300 ribu untuk beli rumah(perlu diingat harga rumah sekarang makin meningkat). Lepas tu hutang sampai 20 ke 30 tahun. Itu ke 'life' yang kita inginkan? Hidup dalam hutang. Tiada kebebasan. Buatnya dalam jangkamasa 20-30 tahun tu kita mati, tak ke naya anak isteri kita untuk bayar hutang kita nanti? Bagi aku yang dhaif ni, aku tak boleh terima sistem hidup yang macam ni. Aku tak sanggup nak jadi macam mak ayah kita yang kerja berpenat lelah hanya untuk cukup-cukup makan. Hanya untuk lepas diri. Syukur memang syukur. Kita bersyukur kepada Allah kerana bagi kita peluang untuk hidup kat dunia ni. Tapi Allah juga tak melarang kita untuk hidup senang.
Itu untuk orang lulusan universiti. Macamana kalau orang tu hanya lulusan sijil atau tiada kelulusan langsung. Kerjanya hanya sebagai 'office boy' atau 'cleaner' (contoh) dan hidupnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu...macamana mereka nak survive. Memang kita percaya rezeki tu ada di mana-mana. Lagipun di Malaysia ni jarang kita dengar orang mati kebuluran. Yang banyak kita dengar, orang Malaysia mati sebab terlebih makan. Tapi adakah cukup hidup hanya dengan cukup-cukup makan? Bunyinya agak kurang bersyukur tapi sebenarnya tidak.
Bagi aku, hidup ini lebih daripada tu. Aku perlukan satu hidup yang bebas. Satu hidup yang tidak terikat dengan hutang. Satu hidup yang berikan aku kebebasan untuk buat apa yang aku suka, untuk pergi ke tempat yang aku ingin pergi pada bila-bila masa sahaja. Tiba-tiba aku teringin nak pergi Armsterdam, aku terus buka internet, taip malaysiaairlines.com terus booking. Oh...
Harga untuk pergi Armsterdam hari esok, 30 June 2011 RM 2206.00. Harga untuk balik ke Kuala Lumpur hari Ahad ni, RM8104.00. Keseluruhannya ialah RM 11607.00. Ok jadi. Terus booking, esok naik flight terus ke Armsterdam. Shopping apa yang patut then balik.
Typical Malaysian: Berangan...angan-angan mat jening...mimpi la hang ni...
Aku terfikir...kalau berfikir macamni pun sudah tak berani, 'just dream' kata orang putih...pn tak ada keberanian..macamana kita nak capai apa yang kita nak? Padahal pemikiranlah perkara yang akan menentukan laluan hidup kita.
Beware your thoughts; they become your words.
Beware your words; they become your actions.
Beware your actions; they become your habits.
Beware your habits; they become your character.
Beware your character; it becomes your destiny.
Beware your words; they become your actions.
Beware your actions; they become your habits.
Beware your habits; they become your character.
Beware your character; it becomes your destiny.
Dalam satu kursus yang aku hadiri di sebuah hotel di ibu negara, kursus tu dianjurkan oleh Robert G. Allen dan Patric Chan. Kami semua diberikan masa untuk bercerita kepada teman sekeliling tentang impian kami. Aku impikan yang aku akan menjadi jutawan pada umur 30 tahun. Buat masa ni secara jujurnya aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk jadi jutawan pada umur 30 tahun. Yang aku tahu ialah aku nak jadi jutawan waktu umur aku 30 tahun. Itu saja. Ada satu sesi di mana kami diminta untuk menjelaskan tentang ciri-ciri rumah idaman kami. Aku berjumpa dengan mamat sebelah aku, seorang Chinese Singaporean. Kami pun bercerita tentang rumah impian masing-masing. Bila turn aku, aku katakan yang aku nak rumah banglow TAPI tak nak rumah yang besar-besar sangat (masa tu aku masih lagi ada penyakit "takut untuk berfikiran luas dan terbuka, mustahil untuk dapat rumah besar macam tu dan takut kecewa bila tak dapat rumah besar tu nanti").
Dia kata kat aku, " You are not dare to dream. Why? Did you need to pay for what you dream? It just dream. It's free. You are free to dream whatever you want in life. Why need to put a border on your dream? If you are afraid just to dream of your dream, how can you achieve your dream?"
Aku terkedu. Mamat ni boleh pulak bagi syarahan kat aku macamtu. Tapi betul jugak apa dia cakap. Kalau nak mimpi pun tak berani, tak payahlah duk harap mimpi tu akan jadi kenyataan.
“Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny.”
## Ini adalah impian aku untuk hidup bebas hutang, untuk pergi keliling dunia, dan untuk hidup senang...
