Wednesday, September 22, 2010

Ada apa dengan Coca-cola?

Aku adalah orang yang anti dengan Coca-cola. Bagi aku banyak lagi minuman yang lebih berkhasiat ada kat dunia ni. Tetapi kenapa kita masih lagi nak minum Coca-cola yang sungguh "berkhasiat" ni. Terutama sekali orang Islam. Aku tak faham betul...

Tup..tup..2hari yang lepas, kalau tak silap aku dalam akhbar Berita Harian, 21 Sept. 2010 dikatakan bahawa Coca-cola akan membuka kilangnya di Nilai, Negeri Sembilan. Kilang ini dikatakan mampu memberi 800 peluang pekerjaan kepada penduduk di negara ini dan menjana pendapatan kepada negara.

Persoalannya sekarang..

1. Tidak adakah syarikat lain yang lebih baik dari Coca-cola untuk kita bawa masuk ke Malaysia ni?

Lupakah kita kepada saudara kita di Palestin. Lupakah kita bagaimana menderitanya mereka akibat kekejaman rejim Zionis. Dan rejim Zionis ini mendapat dana daripada mana? Daripada kita..daripada duit yg kita salurkan kepada Coca-cola. Tak percaya? Tengok sini.

2. Adakah produk Coca-cola ini halal?

Ya, kita boleh melihat ianya diberi 'lesen halal' oleh pihak JAKIM. Namun adakah kita benar-benar pasti bahawa Coca-cola ini halal? Aku bukan nak meragui JAKIM tapi setahu aku, untuk mendapatkan sijil halal, segala ramuannya perlu di'reveal'kan. Adakah syarikat Coca-cola sanggup mendedahkan rahsia beratus tahunnya hanya untuk mendapatkan sijil halal Malaysia? diulangi..Sijil Halal Malaysia. Macam ada sesuatu yang tak kena di sini. Something wrong somewhere.

3. Adakah Coca-cola ini baik untuk kesihatan?

Perlu diingat bahawa Coca-cola di US mahupun UK tidak sama dengan Coca-cola di India mahupun juga di Malaysia. Coca-cola di India mempunyai 30 kali ganda kandungan pesticides yang dibenarkan oleh EU. Kalau tak percaya, korang boleh tengok kat sini, sini, dan sini. Tak pun korang cari sendiri dalam google tu. Pastu try estimate berapa pulak kandungan pesticides ni dalam Coca-cola di Malaysia? Tu belum lagi aku keluarkan tentang kelebihan yang ada pada Coca-cola ni.



4. Habis, kalau tak bawa masuk Syarikat Coca-cola, macamana orang Malaysia nak cari makan?

Fikir mana lebih penting, nyawa saudara kita di Palestin atau perut kita yang kosong tak makan or minum berhari-hari (kononnya). Rezeki Allah ada di mana-mana sahaja. Kita hanya perlu berusaha. Lupakah kita bahawa ini adalah salah satu strategi mereka untuk menjatuhkan orang Islam tanpa kita sedari. Tak malulah kita hidup bergantung kepada mereka? Dan kenapa kerajaan Iran mampu survive tanpa Coca-cola?

5. Apakah hukumnya boikot Coca-cola?

Aku cuba cari secara umum hukum boikot Israel/Yahudi/Coca-cola di dalam e-fatwa. Tapi malangnya tiada. Samada aku terlepas pandang or memang takde. Yang ada hanya fatwa ini. Tapi takpela. Mungkin ulama-ulama di Malaysia ni busy dengan pekerjaan masing2. Namun di luar sana banyak ulama-ulama tersohor telah mengeluarkan fatwa tentang perkara ini. Aku betul-betul rindu untuk melihat sekurang-kurangnya ada seorang ulama dari Malaysia memperkatakan tentang perkara ini di peringkat antarabangsa. At least, ulama-ulama besar di Malaysia ini bukanlah hanya jaguh kampung yang memberi fatwa tentang pengkid sahaja, namun mampu juga untuk memberi sumbangan di peringkat antarabangsa.

6. Keperluan or kehendak?

Kita kena bezakan antara keperluan dan kehendak. Adakah Coca-cola ini satu keperluan buat kita? Adakah tanpa Coca-cola kita akan mati? (aku rasa kita lagi mati awal kalau minum Coca-cola). Adakah kita dikira kolot kalau tak minum Coca-cola? Adakah tak ada alternatif lain untuk menggantikan Coca-cola?


Last but not least, aku share dengan korang fakta-fakta tentang Coca-cola yang jarang kita ketahui. Dan aku rasa tak adil jugak kalau aku tak bagitau langsung tentang kebaikan coca-cola ni. Nanti berat sebelah pulak tulisan aku. Kebaikan coca-cola korang boleh tengok kat sini.

Aku amat berharap kerajaan Malaysia mempertimbangkan kembali keputusannya untuk memeberi kebenaran kepada syarikat Coca-cola untuk beroperasi di sini. Jangan hanya kerana ingin mengejar keuntungan di sini, kita lupakan saudara-saudara kita di sana.




USED vs LOVED

While a man was polishing his new car,
his four years old son picked up a stone
and scratched lines on the side of the car.
In anger, the man took the child's hand
and hit it many times not realizing
he was using a wrench.
At the hospital, the child lost all his fingers
due to multiple fractures.
When the child saw his father.....
With painful eyes he asked, 'Dad when will my fingers grow back?'
The man was so hurt and speechless;
he went back to his car and kicked it a lot of times.
Devastated by his own actions......
sitting in front of that car he looked at the scratches;
the child had written 'LOVE YOU DAD'.
The next day that man committed suicide. . .

----------------------------------------------------------

Anger and Love have no limits;
choose the latter to have a beautiful, lovely
life & remember this:
Things are to be used and people are to be loved.
The problem in today's world is
that people are used while things are loved.
Let's try always to keep this thought in mind:

Things are to be used,
People are to be loved.
Watch your thoughts; they become words.
Watch your words; they become actions.
Watch your actions; they become habits.
Watch your habits; they become character;
Watch your character; it becomes your destiny.

I'm glad a friend forwarded this to me as a reminder..
I hope you have a good day no matter what problems you may face
it's the only day you'll have before it's over.





Tuesday, September 21, 2010

Rabu yg Menarik



Mulakan pagi anda dengan perasaan yang ceria...!!!! Live life to the fullest! LOVE U.

Monday, September 20, 2010

Hello...!!!

Hari ini adalah hari pertama selepas hampir dua tahun tak update blog ni
(aku ada blog ni rupanya).

Itu pn secara kebetulan..seronok baca blog orang lain, teringin nak buat blog sendiri.

Bila masukkan email, baru tau blog ni ada lagi.

Igtkn lepas 2thun, blog dah expired. Rupanya belum...

So, proses penambahbaikan pn bermula..sampai tdo kul 2pagi semalam.

Padahal bukan buat blog sgt pn, baca blog orang lain je byk..

sampai susah nak bangun pagi gi kelas.

Nasib baik boleh bangun (^_^)/

Kalau mak aku tau aku tidur kul 2pagi semata-mata baca blog...

conform kena pelangkung dengan batang besi..

wah..melampau la tu..padahal mak ak tak kata apa pun =P

janji jgn wat bende yg bukan2 sudah..

faham2 jela yer...

oklah...cao dulu. petang ni ak ada discussion lak. nanti malam ak update lagi..

LOVE YOU!!!