Sunday, October 17, 2010

Hidup aku..tolonglah berubah...

Aku tak tahu kenapa aku rasa hidup aku seolah-olah makin teruk. Ada ketikanya ok dan ada ketikanya ko. Ada ketikanya aku rajin dan ada ketikanya aku MALAS! Aku tak hidup dengan hidup yang aku inginkan. Aku tak hidup berlandaskan agama. Aku akui aku bukanlah orang yang kuat agama, tetapi aku nak belajar hidup berlandaskan agama. Bila nak berlandaskan agama, makin banyak pulak dugaan yang datang. Makin teruk je aku rasa hidup aku ni. Walaupun dari segi akademik, ada sedikit peningkatan in term of "kerajinan" tapi dari segi agama, tak tahulah nak cakap. Betullah kata orang tua, makin tinggi Allah nak naikkan darjat seseorang, makin tinggi ujian yang ditanggungnya.  Kalau diri tak mempunyai kekuatan dalaman yang cukup, jadi  macam aku la..tersungkur di kaki bukit sebelum sempat mendaki.

Tapi aku yakin aku akan dapat hidup yang aku inginkan. Aku cuma perlukan sedikit masa, azam yang kuat dan konsistensi yang tidak berubah. InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan berjaya. Berjaya menerapkan Islam dalam hidup aku. Berjaya menjadi seorang Muslim yang bertaqwa. Doakan aku. Aku perlukan doa kalian.

Wednesday, October 6, 2010

GANDAKAN AKAUN ASB ANDA SEHINGGA RM 200K!



Salam pembaca sekalian,
Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan
jika anda serius untuk memiliki RM200,000 diakaun
ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!
Berminat??
Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun
anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda
mempunyai kerja dan gaji tetap.
Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada
kosong hari ini?
Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman
ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab
ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana
nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.
Tekniknya begini..
Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran
bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu
bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar
RM16,872.00 nih..
Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada
disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman
Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran
sebulan ialah RM394.00 sebulan.
Disini anda gunakan pinjaman daripada Bank Rakyat untuk
bayaran pinjaman tahun pertama ASB loan tadi sebanyak RM16,872
dan bakinya anda boleh simpan untuk topup bayaran bulanan
bank rakyat pula.
Oleh itu anda tidak perlu bayar RM1,406.00 sebulan untuk
pinjaman ASB (bayar daripada pinjaman bank rakyat) sebaliknya
anda hanya perlu bayar RM394 sahaja. Cantik tak :)
Untuk tahun kedua dan seterusnya lagi mudah, dividen yang
diperolehi daripada tahun pertama ASB anda boleh bayar untuk
tahun kedua, bonus tahun kedua utk tahun ketiga dan seterusnya
(anda mungkin perlu top up sikit)
Jadi anda telah gunakan pinjaman peribadi (bank rakyat) menjadi
satu leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar didalam
ASB loan RM200,000.00.
Kita jumpa lagi dengan tip-tip kekayaan yang lain.
Sumber: http://jutawanautomatik.com/blog/

Tak Nampak KAABAH


Sebagai seorang anak yang berbakti kepadaorang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), si Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

Kedua anak-beranak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan mengendeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah). " Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan disisi anaknya tak bereaksi dia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.
Hasan kembali membisik ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya nampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak boleh melihat apapun selain kegelapan. Beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang nampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa apabila memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita. Tujuh kali Haji anak yang soleh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa berulang lagi. Ibunya kembali dibutakan apabila dekat dgn Ka'bah, sehingga tidak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya masih tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. Hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali setiapkali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?.

Apa yang telah diperlakukan ibunya sehingga mendapat musibah seperti itu ?Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksudkan. Ia pun mengutarakan masalahnya kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, si Ibu mahu memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah mengingat kembali,mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. . "Anda harus berterus-terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di hospital," cerita Sarah akhirnya. " Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.

" Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli samada cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

" Di sana ...." sambung Sarah, " Saya seringkali menukar bayi, kerana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka. "

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
" Astagfirullah. ....." betapa sanggupnya wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. Bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi." Cuma itu yang saya lakukan, " ucap Sarah. " Cuma itu ? " tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan! ". . ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apalagi yang Anda lakukan? " tanya ulama itu lagi sedikit kesal. " Di hospital, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati. ".. " Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia, " kata ulama. " Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir. "
" Maksudnya? " tanya ulama tidak mengerti.. " Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala peralatan sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati. "

" Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terkeluar, tidak mahu masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan. ". Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. " Cuma itu yang kamu lakukan ? ". " Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan ". Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu buruk sekali, sangat keji.

Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, " Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda.. "

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir..

Kebetulan yang menerima panggilan itu adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah, ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. " Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustaz," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut.. " Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ? ". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.

Ketika tanah sudah digali, semasa dimasukkan jenazah, atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terletak di hamparan tanah kering kontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak sanggup meninggalkan jenazah orang tuanya di tempat itu tanpa dikuburkan.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri.. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan.. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya, " Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah! ". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut. Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya, menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. " Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, " pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia keluar dari tanah perkuburan, terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa hairannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengar semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahawa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tidak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran bagi kita semua

Sweeping Malaysia

Aku terjaga dari tidur lepas dengar bunyi message masuk dalam hp aku. Rupa2nya mak aku yang message. Mak aku suh aku call dia. Aku pun call la. Rupanya mak aku saja nak test hp dia. Mak aku ada kat Indonesia sekarang. Mak aku kata dia buat ‘roaming’. Aku tau roaming ni guna waktu kita ke luar Negara. Tapi aku tak tau macamana nak guna roaming ni..xpe..abaikan. Mak aku bagitau kalau ada apa2 hal, aku boleh call mak aku terus and caj akan kena kat mak aku. Best kan camtu. Kita call tapi kita tak yah bayar.

Rancangan asal mak aku nak ke Bandung and Jakarta. Tapi tadi mak aku kata kemungkinan tak pergi Jakarta. Kan ada sweeping Malaysia oleh orang-orang yang bodoh kat sana. Mak aku and d geng nak pegi jumpa Duta Malaysia kat sana pn tak boleh. Even kat Bandung pun ada tempat yang tak boleh pergi. Dah meganggu planning asal mak ak.

Untuk orang2 Indonesia..dengar sini..

Aku tak peduli apa pun yang korang nak buat. Cuma kalau boleh, gunakan akal bila nak lakukan sesuatu. Jangan gunakan emosi atau perasaan semata-mata. Orang yang tak tahu dek untung. Korang dah menyusahkan ramai orang tau tak. Mak abah aku nak dating sambil melancong pun susah…ish3..kalau aku kata bodoh, kang marah pulak. Dan yang lagi penting…

KORANG JANGAN KACAU MAK ABAH AKU!!!

Aku dapat tahu apa2 jadi kat rombongan mak abah aku, siap korang. Serumpun tak serumpun..saudara tak saudara..korang kacau mak abah aku..AKU BAKAR NEGARA KORANG. Aku serius ni (tetiba ak teremosi lak…padahal baru tadi aku bagi nasihat fikir gunakan akal bukan emosi)

Dahla, itu sahaja nasihat dari aku. Sekian, aku nak gi mandi.

Sunday, October 3, 2010

tOdAY Is mOnDaY!



There's actually a scientific explanation behind those dreaded Monday morning blues. Our internal clocks naturally operate on a day that is longer than 24 hours. By the time Monday rolls around each week, we've built up a sleep deficit of at least an hour. Of course, the weekend revelries and facing another week don't help matters. Here are some tips to make Monday mornings a little easier.


  • If you can, sleep in an extra hour on Monday mornings. Going to bed early on Sunday night doesn't always help because most people will remain awake until their usual bedtime.

  • If you can't sleep in by a full hour (and most of us can't), take action Sunday night to shorten your morning preparation time so that you can set the alarm for 15 minutes later than usual. Wash your hair, pack lunches, lay out your outfit or pack your briefcase on Sunday night

  • Hop out of bed the moment you wake up on Monday morning. Lingering in that downy comforter will only draw out the agony

  • End your shower with a jolt of cold water to tear yourself out of your grogginess. Or exercise in the morning to get your blood pumping and to release those feel-good endorphins

  • Get out in the sunlight. Bright light tells your body that it is indeed the morning and helps reset your internal clock

  • Drink coffee or another caffeine beverage. Although it's not healthy to drink caffeine to the point of addiction, caffeine, when used in moderation, can give your Monday mornings that much-needed oomph and alertness

  • Anticipate your Monday morning on Friday afternoon. Fight the temptation to race away from a messy desk. Clean up your desk and leave yourself a to-do list to make Monday morning a little more tolerable
.
Source : www.ehow.com


Cinta

Aku risau melihat kawan-kawanku yang hidup dalam kesedihan dan kesepian dalam mencari cinta. Aku nukilkan ini khas untuk kamu semua.

____________________________________________________

Kawan-kawanku yang disayangi,

Jatuh cinta itu memang sesuatu yang sulit untuk dibahaskan. Cintaku sendiri bertanya kepadaku bagaimana aku jatuh cinta kepadanya. Aku sendiri berharap untuk memberi jawapan yang rasional pada cintaku. Namun yang selalu aku buat ialah mengulang-ngulang jawapan yang sama iaitu aku jatuh cinta. Itu sahaja. Sesungguhnya cinta itu amat indah. Aku bertuah kerana berjumpa dengan cintaku. Dan kamu juga akan berjumpa dengan cintamu. Banyakkan berdoa, banyakkan bersabar. Allah bersama orang-orang yang sabar. Allah tidak akan mensia-siakan doamu. Berdoalah supaya Allah menemukanmu dengan pasanganmu. Jangan risau sekiranya kamu tidak menemukannya di dunia ini kerana Allah telah menyediakan yang terbaik untukmu. Allah sayangkan kamu. Allah mahu kamu tahu bahawasanya walaupun kamu belum berjumpa dengan pasangan kamu, Allah tetap bersama kamu.

Dan sekiranya kamu berjumpa dengannya…tolong..tolong jangan lepaskannya pergi. Kamu tidak akan tahu bila dan di mana lagi kamu akan berkesempatan untuk berjumpa dengannya. Kamu hanya mempunyai satu kehidupan dan satu kesempatan maka buatlah pilihanmu. Kadang-kadang mereka dekat dengan kamu..sangat dekat. Mereka sangat rapat dengan kehidupan kamu tetapi kamu tidak menyedarinya. Dan kalau kamu menyedarinya pun, kamu tidak mempunyai kekuatan untuk memberitahunya bahawa kamu cinta padanya. Amat perit hati kamu untuk menerimanya sekiranya kamu mencintai seseorang tetapi dia tidak mencintai kamu. Namun adalah lebih perit sekiranya kamu mencintai seseorang dan kamu tidak ada kekuatan untuk memberitahu isi hatimu padanya. Usah kamu simpan cintamu hingga akhirnya kamu akan menangis di pusaranya kerana kamu tidak akan lagi berkesempatan untuk memberitahunya betapa kamu cinta padanya. Jangan sia-siakan cintamu.

Cinta itu sebenarnya ada di hatimu. Asalkan kamu yakin dan percaya bahawa kamu akan berjumpa dengannya, maka kamu dan dia akan berjumpa walaupun tanpa kamu sedari. Itu yang aku lakukan. Aku sentiasa percaya bahawa ada cinta untukku. Kamu akan tahu bahawa dia cinta hatimu bila kamu berjumpa dengannya. Itu yang berlaku padaku. Aku tidak tahu cintaku itu milik siapa. Namun hatiku sendiri yang membenarkannya bila saat cinta hatiku tiba. Jangan kamu berputus asa dalam mencari cinta. Sekali kamu tidak yakin dan percaya bahawa kamu akan berjumpa cintamu, maka kamu tidak akan bertemu dengannya, tidak akan merasakan kehadirannya walaupun kamu dan dia saling berhadapan.


Friday, October 1, 2010

Tertinggal kereta api

Aku tertinggal kereta api. Kereta api bertolak jam 9.00 malam. Aku sampai kat stesen jam 10.00 malam. Bukan sengaja nak lewat. Aku bertolak ke stesen kereta api pun naik bas. Bas tu ikut jalan mana ntah. Tu yang lewat sampai. Pada saat aku sampai je, aku nampak kereta api pun baru sampai di stesen. Aku ingat kereta api tu kereta api aku yang terlewat sampai. Rupa-rupanya tu kereta api orang lain. Berlalu macam tu je. Aku dah risau. Macamana nak balik? “Ada hikmah disebaliknya”, kata bapa kat sebelah aku. Tup..tup..ntah macamana..tiba2 aku tersedar kat bilik. Aku tak tahu macamana aku boleh sampai bilik padahal aku dah terlepas kereta api. “Tak kisahlah, janji aku dah sampai bilik”, kata hati kecil aku. Aku bersyukur sangat2 kerana dapat balik bilik aku yang tercinta. Then aku tersedar sesuatu…RUPANYA SEMUA TU AKU MIMPI JE.....
Moral of the story:

Jangan tidur lewat. Bila tidur lewat, jadi camtula..

so aku pun nak balik tidur.




Jumpa lagi.