Tuesday, June 28, 2011

"Dream life"

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.


Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
Hari ini aku nak tulis tentang 'dream life'. Dalam bahasa Melayu dipanggil 'mimpi hidup' ;p  Apa itu 'mimpi hidup' sebenarnya?(pelik je bila diterjemah dalam bahasa Melayu) Adakah cukup dengan hanya makan, kerja, dan tidur? Aku ada satu stigma pemikiran yang mana aku merasakan bahawa hidup ini bukan sekadar kerja dapat gaji, bayar hutangbeli apa yang patut, pergi mana tempat nak pergi, kemudian kerja macam biasa balik...hujung bulan dapat gaji balik...dan cycle ni akan berulang-ulang sampai tua, sampai kita tak diperlukan lagi, dan waktu tua kita hidup berbekalkan duit pencen atau KWSP.

Adakah itu hidup yang kita inginkan. Keluar universiti, kerja dan kumpul duit...kemudian berkahwin. Lepas berkahwin, kumpul duit untuk buat pinjaman rumah. Pinjam RM200 ribu - RM300 ribu untuk beli rumah(perlu diingat harga rumah sekarang makin meningkat). Lepas tu hutang sampai 20 ke 30 tahun. Itu ke 'life' yang kita inginkan? Hidup dalam hutang. Tiada kebebasan. Buatnya dalam jangkamasa 20-30 tahun tu kita mati, tak ke naya anak isteri kita untuk bayar hutang kita nanti? Bagi aku yang dhaif ni, aku tak boleh terima sistem hidup yang macam ni. Aku tak sanggup nak jadi macam mak ayah kita yang kerja berpenat lelah hanya untuk cukup-cukup makan. Hanya untuk lepas diri. Syukur memang syukur. Kita bersyukur kepada Allah kerana bagi kita peluang untuk hidup kat dunia ni. Tapi Allah juga tak melarang kita untuk hidup senang.

Itu untuk orang lulusan universiti. Macamana kalau orang tu hanya lulusan sijil atau tiada kelulusan langsung. Kerjanya hanya sebagai 'office boy' atau 'cleaner' (contoh) dan hidupnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu...macamana mereka nak survive. Memang kita percaya rezeki tu ada di mana-mana. Lagipun di Malaysia ni jarang kita dengar orang mati kebuluran. Yang banyak kita dengar, orang Malaysia mati sebab terlebih makan. Tapi adakah cukup hidup hanya dengan cukup-cukup makan? Bunyinya agak kurang bersyukur tapi sebenarnya tidak. 

Bagi aku, hidup ini lebih daripada tu. Aku perlukan satu hidup yang bebas. Satu hidup yang tidak terikat dengan hutang. Satu hidup yang berikan aku kebebasan untuk buat apa yang aku suka, untuk pergi ke tempat yang aku ingin pergi pada bila-bila masa sahaja. Tiba-tiba aku teringin nak pergi Armsterdam, aku terus buka internet, taip malaysiaairlines.com terus booking. Oh...





Harga untuk pergi Armsterdam hari esok, 30 June 2011 RM 2206.00. Harga untuk balik ke Kuala Lumpur hari Ahad ni, RM8104.00. Keseluruhannya ialah RM 11607.00. Ok jadi. Terus booking, esok naik flight terus ke Armsterdam. Shopping apa yang patut then balik.

Typical Malaysian: Berangan...angan-angan mat jening...mimpi la hang ni...

Aku terfikir...kalau berfikir macamni pun sudah tak berani, 'just dream' kata orang putih...pn tak ada keberanian..macamana kita nak capai apa yang kita nak? Padahal pemikiranlah perkara yang akan menentukan laluan hidup kita.


Beware your thoughts; they become your words.
Beware your words; they become your actions.
Beware your actions; they become your habits.
Beware your habits; they become your character.
Beware your character; it becomes your destiny.


Dalam satu kursus yang aku hadiri di sebuah hotel di ibu negara, kursus tu dianjurkan oleh Robert G. Allen dan Patric Chan. Kami semua diberikan masa untuk bercerita kepada teman sekeliling tentang impian kami. Aku impikan yang aku akan menjadi jutawan pada umur 30 tahun. Buat masa ni secara jujurnya aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk jadi jutawan pada umur 30 tahun. Yang aku tahu ialah aku nak jadi jutawan waktu umur aku 30 tahun. Itu saja. Ada satu sesi di mana kami diminta untuk menjelaskan tentang ciri-ciri rumah idaman kami. Aku berjumpa dengan mamat sebelah aku, seorang Chinese Singaporean. Kami pun bercerita tentang rumah impian masing-masing. Bila turn aku, aku katakan yang aku nak rumah banglow TAPI tak nak rumah yang besar-besar sangat (masa tu aku masih lagi ada penyakit "takut untuk berfikiran luas dan terbuka, mustahil untuk dapat rumah besar macam tu dan takut kecewa bila tak dapat rumah besar tu nanti").

Dia kata kat aku, " You are not dare to dream. Why? Did you need to pay for what you dream? It just dream. It's free. You are free to dream whatever you want in life. Why need to put a border on your dream? If you are afraid just to dream of your dream, how can you achieve your dream?"

Aku terkedu. Mamat ni boleh pulak bagi syarahan kat aku macamtu. Tapi betul jugak apa dia cakap. Kalau nak mimpi pun tak berani, tak payahlah duk harap mimpi tu akan jadi kenyataan.

“Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny.”

 ##  Ini adalah impian aku untuk hidup bebas hutang, untuk pergi keliling dunia, dan untuk hidup senang...

Monday, March 21, 2011

Saman Ekor : Ketahui Hak Anda

OLEH : Zulhazmi Shariff

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

P/s: Pesanan berguna buat semua orang yg disaman. Kredit kepada penulis info ini.

Wednesday, March 9, 2011

Israeli products or products that are supporting Israel – Let’s Ban them

You may have already received a list of companies and products that are supporting and funding Israel to kill our innocent brothers and sisters in Palestine.

We, humans, have a tendency that when we want to do something good, we think that people like friends, family members and others will laugh at us. The same goes when we talk about banning products that support Israeli barbarism and terrorism. We think that others will laugh.

Well I say, let them laugh all they want. If you can’t ban all the products, ban at least one.

So, take a look at the list and decide at least at least and at least one product that you use and that you are going to BAN now.

Spread this message and have other Muslim brothers and sisters do the same.

Let’s help our Palestinian brothers and sisters… be it in the form of banning one single product. Let’s do it!
ban1
ban2
ban3
ban4
ban5
ban6

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!