Tuesday, June 28, 2011

"Dream life"

Assalamualaikum warahmatullahhi wabarakatuh

"Bermimpilah tentang apa yang ingin kamu impikan, pergilah ke tempat-tempat kamu ingin pergi.


Jadilah seperti yang kamu inginkan, kerna kamu hanya memiliki satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan hal-hal yang ingin kamu lakukan."
Hari ini aku nak tulis tentang 'dream life'. Dalam bahasa Melayu dipanggil 'mimpi hidup' ;p  Apa itu 'mimpi hidup' sebenarnya?(pelik je bila diterjemah dalam bahasa Melayu) Adakah cukup dengan hanya makan, kerja, dan tidur? Aku ada satu stigma pemikiran yang mana aku merasakan bahawa hidup ini bukan sekadar kerja dapat gaji, bayar hutangbeli apa yang patut, pergi mana tempat nak pergi, kemudian kerja macam biasa balik...hujung bulan dapat gaji balik...dan cycle ni akan berulang-ulang sampai tua, sampai kita tak diperlukan lagi, dan waktu tua kita hidup berbekalkan duit pencen atau KWSP.

Adakah itu hidup yang kita inginkan. Keluar universiti, kerja dan kumpul duit...kemudian berkahwin. Lepas berkahwin, kumpul duit untuk buat pinjaman rumah. Pinjam RM200 ribu - RM300 ribu untuk beli rumah(perlu diingat harga rumah sekarang makin meningkat). Lepas tu hutang sampai 20 ke 30 tahun. Itu ke 'life' yang kita inginkan? Hidup dalam hutang. Tiada kebebasan. Buatnya dalam jangkamasa 20-30 tahun tu kita mati, tak ke naya anak isteri kita untuk bayar hutang kita nanti? Bagi aku yang dhaif ni, aku tak boleh terima sistem hidup yang macam ni. Aku tak sanggup nak jadi macam mak ayah kita yang kerja berpenat lelah hanya untuk cukup-cukup makan. Hanya untuk lepas diri. Syukur memang syukur. Kita bersyukur kepada Allah kerana bagi kita peluang untuk hidup kat dunia ni. Tapi Allah juga tak melarang kita untuk hidup senang.

Itu untuk orang lulusan universiti. Macamana kalau orang tu hanya lulusan sijil atau tiada kelulusan langsung. Kerjanya hanya sebagai 'office boy' atau 'cleaner' (contoh) dan hidupnya di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur dan Johor Bharu...macamana mereka nak survive. Memang kita percaya rezeki tu ada di mana-mana. Lagipun di Malaysia ni jarang kita dengar orang mati kebuluran. Yang banyak kita dengar, orang Malaysia mati sebab terlebih makan. Tapi adakah cukup hidup hanya dengan cukup-cukup makan? Bunyinya agak kurang bersyukur tapi sebenarnya tidak. 

Bagi aku, hidup ini lebih daripada tu. Aku perlukan satu hidup yang bebas. Satu hidup yang tidak terikat dengan hutang. Satu hidup yang berikan aku kebebasan untuk buat apa yang aku suka, untuk pergi ke tempat yang aku ingin pergi pada bila-bila masa sahaja. Tiba-tiba aku teringin nak pergi Armsterdam, aku terus buka internet, taip malaysiaairlines.com terus booking. Oh...





Harga untuk pergi Armsterdam hari esok, 30 June 2011 RM 2206.00. Harga untuk balik ke Kuala Lumpur hari Ahad ni, RM8104.00. Keseluruhannya ialah RM 11607.00. Ok jadi. Terus booking, esok naik flight terus ke Armsterdam. Shopping apa yang patut then balik.

Typical Malaysian: Berangan...angan-angan mat jening...mimpi la hang ni...

Aku terfikir...kalau berfikir macamni pun sudah tak berani, 'just dream' kata orang putih...pn tak ada keberanian..macamana kita nak capai apa yang kita nak? Padahal pemikiranlah perkara yang akan menentukan laluan hidup kita.


Beware your thoughts; they become your words.
Beware your words; they become your actions.
Beware your actions; they become your habits.
Beware your habits; they become your character.
Beware your character; it becomes your destiny.


Dalam satu kursus yang aku hadiri di sebuah hotel di ibu negara, kursus tu dianjurkan oleh Robert G. Allen dan Patric Chan. Kami semua diberikan masa untuk bercerita kepada teman sekeliling tentang impian kami. Aku impikan yang aku akan menjadi jutawan pada umur 30 tahun. Buat masa ni secara jujurnya aku tak tahu apa yang aku perlu buat untuk jadi jutawan pada umur 30 tahun. Yang aku tahu ialah aku nak jadi jutawan waktu umur aku 30 tahun. Itu saja. Ada satu sesi di mana kami diminta untuk menjelaskan tentang ciri-ciri rumah idaman kami. Aku berjumpa dengan mamat sebelah aku, seorang Chinese Singaporean. Kami pun bercerita tentang rumah impian masing-masing. Bila turn aku, aku katakan yang aku nak rumah banglow TAPI tak nak rumah yang besar-besar sangat (masa tu aku masih lagi ada penyakit "takut untuk berfikiran luas dan terbuka, mustahil untuk dapat rumah besar macam tu dan takut kecewa bila tak dapat rumah besar tu nanti").

Dia kata kat aku, " You are not dare to dream. Why? Did you need to pay for what you dream? It just dream. It's free. You are free to dream whatever you want in life. Why need to put a border on your dream? If you are afraid just to dream of your dream, how can you achieve your dream?"

Aku terkedu. Mamat ni boleh pulak bagi syarahan kat aku macamtu. Tapi betul jugak apa dia cakap. Kalau nak mimpi pun tak berani, tak payahlah duk harap mimpi tu akan jadi kenyataan.

“Dreams are like stars...you may never touch them, but if you follow them they will lead you to your destiny.”

 ##  Ini adalah impian aku untuk hidup bebas hutang, untuk pergi keliling dunia, dan untuk hidup senang...

Monday, March 21, 2011

Saman Ekor : Ketahui Hak Anda

OLEH : Zulhazmi Shariff

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Ramai yang masih kabur dan tidak faham hak mereka sebagai rakyat Malaysia. Perlembagaan Persekutuan adalah undang-undang tertinggi Negara. Perlembagaan Persekutuan menjamin hak setiap rakyat Malaysia tanpa mengira agam, kaum, bangsa dan juga fahaman politik. Semua warganegara dijamin hak yang sama.

Salah satu hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ialah hak rakyat terhadap harta. Ini disebut dalam Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan.

Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan
Hak terhadap harta. 
(a) Tiada seseorang pun boleh dilucutkan hartanya kecuali mengikut undang-undang. 
(b) Tiada sesuatu undang-undang pun boleh membuat peruntukan bagi mengambil atau menggunakan harta-harta dengan paksa dengan tiada pampasan yang mencukupi.

Selalunya Perkara 13 ini digunakan di dalam kes pengambilan tanah melalui Akta Pengambilan Tanah 1960. Sebenarnya Perkara 13 ini bukan sahaja melibatkan harta tak alih seperti tanah, tetapi meliputi harta alih seperti kenderaan. Justeru penafian hak memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) juga sebenarnya termasuk di dalam penafian hak rakyat terhadap harta. Alasannya jika seseorang rakyat itu dihalang dari memperbaharui cukai jalan kenderaan mereka yang menyebabkan kenderaan itu tidak boleh digunakan maka rakyat itu telah dinafikan haknya terhadap harta.

Jika seseorang rakyat telah dinafikan hak mereka menggunakan harta (kenderaan) mereka tanpa alasan yang berlandaskan peraturan dan undang-undang maka Perkara 13 (b) menyatakan bahawa pampasan hendaklah diberikan. Ini bermaksud jika JPJ menghalang seseorang memperbaharui cukai jalan yang menyebabkan kenderaan tidak boleh digunakan, maka JPJ hendaklah membayar pampasan kepada pemilik kenderaan tersebut.

Gambar Hiasan : Diambil dari Encik Google

Hujah ini adalah bersandarkan keputusan kes Leonard Lim Yaw Chiang lwn Director of Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Sarawak yang telah diputuskan pada tahun 2009. Di dalam kes ini, seorang rakyat bernama Leonard Lim Yaw Chiang telah disenarai hitam dan dihalang oleh JPJ Sarawak dari memperbaharui cukai jalan kereta beliau. Beliau telah memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuching untuk memutuskan bahawa tindakan JPJ menyenarai hitam dan menghalang beliau memperbaharui cukai jalan adalah salah. Beliau juga memohon gantirugi daripada JPJ di atas kehilangan penggunaan kereta beliau selama kereta tersebut tidak boleh digunakan kerana tiada cukai jalan.
Mahkamah telah memutuskan bahawa JPJ tidak boleh menyenarai hitam kenderaan di atas suatu kesalahan yang belum dibuktikan di Mahkamah. Tindakan JPJ menyenarai hitam diputuskan telah bertentangan dengan Perkara 13 Perlembagaan. JPJ juga telah diarahkan membayar gantirugi kepada pemohon dalam kes itu kerana kesusahan beliau tidak dapat menggunakan kenderaan sehingga terpaksa menyewa kenderaan lain.

Justeru di sini ingin dimaklumkan kepada pemandu-pemandu dan pemilik-pemilik kenderaan yang dinafikan hak mereka memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu, bahawa hak anda dilindungi oleh Perlembagaan. Pihak berkuasa tidak boleh sewenang-wenang menafikan hak anda.

Berbalik kepada tawaran Kerajaan memberikan diskaun pembayaran saman sehingga hari ini 28/2/2011. Ingin dimaklumkan bahawa tindakan ini tetap salah. Isu utamanya ialah bukan jumlah bayaran kompaun atau denda itu RM300 atau RM150 atau pun RM50. Isu utamanya adalah, ADAKAH SESEORANG ITU BENAR-BENAR MELAKUKAN KESALAHAN YANG DIDAKWA SEHINGGA MEREKA WAJIB MEMBAYAR DENDA?

Perlu diambil perhatian bahawa untuk menguatkuasakan sesuatu peraturan dan undang-undang, sesebuah pihak berkuasa hendaklah juga mengikut peraturan dan undang-undang. Saman tidak boleh tertunggak. Jika ada yang tertunggak maka ianya bukan saman. Saman hendaklah dikemukakan di Mahkamah. Orang yang disaman (OKS) hendaklah diserahkan saman dan diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk menjawap saman itu. Jika OKS mengaku salah maka mahkamah akan memerintahkan OKS itu membayar denda. Jika denda dibayar maka saman itu selesai dan tidak akan tertunggak. Jika saman diserahkan kepada OKS tetapi OKS tidak hadir ke Mahkamah, maka mahkamah akan keluarkan waran tangkap suapaya OKS hadir mahkamah. Maka proses yang sama akan berlaku iaitu OKS akan ditanya mangakui kesalahan atau meminta bicara. Jika mengaku maka akan diarahkan supaya bayar denda bagi saman itu. Maka selesailah saman itu. Tidak tertunggak. Jika tidak mengaku maka akan dibicarakan. Bergantung kepada keputusan mahkamah, jika didapati salah selepas bicara, maka akan diperintahkan untuk bayar denda. Selesai lah saman itu. Jika tidak bersalah maka luput juga samann itu. Tidak tertunggak.

Soalannya kenapa ada saman tertunggak? Jawapannya pertama kerana saman-saman itu tidak pernah dibawa ke Mahkamah. Kedua kerana yang dikatakan saman itu sebenarnya bukan saman tetapi notis sahaja.
Saman Ekor yang dikatakan saman ini sebenarnya bukan saman tetapi sekadar notis kepada pemilik kenderaan meminta maklumat pemandu yang dikatakan memandu melebihi hadlaju. Notis ini juga disertakan tawaran kompaun jika pemilik kenderaan mengaku melakukan kesalahan. Ia dikeluarkan di bawah Seksyen 115 Akta Pengangkutan Jalan 1987 atau dikenalai dengan Notis Pol 170A. Jika pemilik tidak mengaku kesalahan maka kompaun tidak perlu dibayar kerana kompaun itu hanyalah tawaran. Jika pemilik tidak membayar kompaun sepatutnya pemilik disaman supaya hadir ke Mahkamah bagi menjawap tuduhan memandu melebihi hadlaju. Kemudian proses mahkamah yang dijelaskan sebelum ini akan berlaku. Maka saman itu akan selesai dan tidak tertunggak. Masalah timbul apabila pihak berkuasa terus menghukum pemilik supaya membayar kompaun sedangkan kesalahan tidak dibuktikan. Kompaun bukan denda tetapi tawaran. Dendan hanya boleh dikeluarkan dan diarahkan oleh Mahkamah. Bukan Polis dan bukan JPJ. Inilah penyalahgunaan kuasa dan peraturan oleh pihak berkuasa. Mereka bertindak melebihi kuasa yang diberikan. Mereka bertindak sebagai penghukum sedangkan tugas itu hanya ada pada Mahkamah.

Justeru kepada semua rakyat Malaysia, ketahui hak anda, jangan mudah terpedaya dengan tawaran dan penindasan. Gunakan hak anda... TIADA SIAPA BOLEH MEMAKSA ANDA MEMBAYAR SESUATU YANG ANDA TIDAK LAKUKAN. Anda Mampu Mengubahnya. 

Bagaimana JPJ boleh menhalang pembaharuan cukai jalan?
1) Seksyen 17(1)(d) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ berkuasa menghalang seseorang melakukan apa-apa transaksi termasuk perbaharui cukai jalan tetapi setelah JPJ BERPUASHATI bahawa seseorang ada perkara yang belum selesai dengan JPJ dan Polis.
Bagaimana JPJ hendak BERPUASHATI?
2) Seksyen 17(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
JPJ hendaklah memberikan peluang kepada seseorang membuat representasi. Ini bermaksud JPJ hendaklah menjalankan siasatan adakah seseorang itu ada perkara yang belum selesai. Maka semua pihak perlu hadir iaitu pemilik kenderaan, JPJ dan Polis yang mengeluarkan saman. Perlu disiasat adakah saman yang dikatakan ada kepada seseorang itu betul atau tidak. Sudah dibuktikan di mahakamh atau tidak. Jika tidak maka JPJ tidak boleh menyenarai hitam. Inilah maksud BERPUASHATI
3) Seksyen 17(5) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan) 2010
Jika dihalang daripada perbaharui cukai jalan maka Pengarah JPJ hendaklah maklumkan kepada Ketua Pengarah pengangkutan, di mana Ketua Pengarah hendaklah maklumkan secara bertulis dalam tempoh 14 hari kepada pemilik kenderaan tentang alasan halangan dibuat ke atas pemilik. Adakah notis ini pernah dikeluarkan kepada pemilik?
Jika anda dihalang daripada perbaharui cukai jalan tanpa alasan yang sah anda boleh:
a) Minta alasan bertulis daripada JPJ kenapa anda dihalang.
b) Minta JPJ perbaharui cukai jalan dengan segera jika alasan bertulis itu tidak munasabah dan tidak betul.
c) Jika JPJ enggan mematuhi permintaan anda, anda boleh menyaman/menuntut di Mahkamah untuk gantirugi kehilangan penggunaan kenderaan anda dan kesusahan anda kerana tidak boleh menggunakan kenderaan.

Zulhazmi Shariff ialah Penasihat Undang-Undang Kempen Anti Saman Ekor (KASE)

P/s: Pesanan berguna buat semua orang yg disaman. Kredit kepada penulis info ini.

Wednesday, March 9, 2011

Israeli products or products that are supporting Israel – Let’s Ban them

You may have already received a list of companies and products that are supporting and funding Israel to kill our innocent brothers and sisters in Palestine.

We, humans, have a tendency that when we want to do something good, we think that people like friends, family members and others will laugh at us. The same goes when we talk about banning products that support Israeli barbarism and terrorism. We think that others will laugh.

Well I say, let them laugh all they want. If you can’t ban all the products, ban at least one.

So, take a look at the list and decide at least at least and at least one product that you use and that you are going to BAN now.

Spread this message and have other Muslim brothers and sisters do the same.

Let’s help our Palestinian brothers and sisters… be it in the form of banning one single product. Let’s do it!
ban1
ban2
ban3
ban4
ban5
ban6

Jangan bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita!

Sunday, October 17, 2010

Hidup aku..tolonglah berubah...

Aku tak tahu kenapa aku rasa hidup aku seolah-olah makin teruk. Ada ketikanya ok dan ada ketikanya ko. Ada ketikanya aku rajin dan ada ketikanya aku MALAS! Aku tak hidup dengan hidup yang aku inginkan. Aku tak hidup berlandaskan agama. Aku akui aku bukanlah orang yang kuat agama, tetapi aku nak belajar hidup berlandaskan agama. Bila nak berlandaskan agama, makin banyak pulak dugaan yang datang. Makin teruk je aku rasa hidup aku ni. Walaupun dari segi akademik, ada sedikit peningkatan in term of "kerajinan" tapi dari segi agama, tak tahulah nak cakap. Betullah kata orang tua, makin tinggi Allah nak naikkan darjat seseorang, makin tinggi ujian yang ditanggungnya.  Kalau diri tak mempunyai kekuatan dalaman yang cukup, jadi  macam aku la..tersungkur di kaki bukit sebelum sempat mendaki.

Tapi aku yakin aku akan dapat hidup yang aku inginkan. Aku cuma perlukan sedikit masa, azam yang kuat dan konsistensi yang tidak berubah. InsyaAllah, suatu hari nanti aku akan berjaya. Berjaya menerapkan Islam dalam hidup aku. Berjaya menjadi seorang Muslim yang bertaqwa. Doakan aku. Aku perlukan doa kalian.

Wednesday, October 6, 2010

GANDAKAN AKAUN ASB ANDA SEHINGGA RM 200K!



Salam pembaca sekalian,
Saya ada satu teknik yang boleh anda gunakan
jika anda serius untuk memiliki RM200,000 diakaun
ASB anda 20 tahun dari sekarang tanpa berpeluh!
Berminat??
Yang syoknya saya akan tunjukan caranya walaupun
anda tengah pokai sekarang ni, yang penting anda
mempunyai kerja dan gaji tetap.
Jadi bagaimana anda boleh memiliki RM200,000 daripada
kosong hari ini?
Bank gergasi Maybank, CIMB dan RHB ada menawarkan pinjaman
ASB sehingga RM200,000. Anda boleh mohon pinjaman ini sebab
ianya senang nak lulus. Masalahnya, anda tentu bertanya mana
nak cekau duit nak bayar bulan-bulan.
Tekniknya begini..
Untuk pinjaman maksima RM200,000 selama 20 tahun, bayaran
bulanan ialah RM1406.00 sebulan. Dalam setahun anda perlu
bayar RM16,872.00. Yupp.. mana nak cari duit bayar
RM16,872.00 nih..
Strategi orang kaya akan gunakan kemudahan yang ada
disekeliling kita. Caranya ialah anda buat pinjaman
Bank Rakyat sebanyak RM30,000 selama 10 tahun. Bayaran
sebulan ialah RM394.00 sebulan.
Disini anda gunakan pinjaman daripada Bank Rakyat untuk
bayaran pinjaman tahun pertama ASB loan tadi sebanyak RM16,872
dan bakinya anda boleh simpan untuk topup bayaran bulanan
bank rakyat pula.
Oleh itu anda tidak perlu bayar RM1,406.00 sebulan untuk
pinjaman ASB (bayar daripada pinjaman bank rakyat) sebaliknya
anda hanya perlu bayar RM394 sahaja. Cantik tak :)
Untuk tahun kedua dan seterusnya lagi mudah, dividen yang
diperolehi daripada tahun pertama ASB anda boleh bayar untuk
tahun kedua, bonus tahun kedua utk tahun ketiga dan seterusnya
(anda mungkin perlu top up sikit)
Jadi anda telah gunakan pinjaman peribadi (bank rakyat) menjadi
satu leverage untuk mendapatkan keuntungan lebih besar didalam
ASB loan RM200,000.00.
Kita jumpa lagi dengan tip-tip kekayaan yang lain.
Sumber: http://jutawanautomatik.com/blog/

Tak Nampak KAABAH


Sebagai seorang anak yang berbakti kepadaorang tuanya, Hasan (bukan nama sebenarnya), mengajak ibunya untuk menunaikan rukun Islam yang kelima. Sarah (juga bukan nama sebenarnya), si Ibu, tentu senang dengan ajakan anaknya itu. Sebagai muslim yang mampu secara material, mereka memang berkewajiban menunaikan ibadah Haji. Segala kelengkapan sudah disiapkan.

Kedua anak-beranak ini akhirnya berangkat ke tanah suci. Keadaan keduanya sihat walafiat, tak kurang satu apapun. Tiba harinya mereka melakukan tawaf dengan hati dan niat ikhlas menyeru panggilan Allah, Tuhan Semesta Alam. "Labaik Allahuma labaik, aku datang memenuhi seruanMu ya Allah".

Hasan mengendeng ibunya dan berbisik, "Ummi undzur ila Ka'bah (Bu, lihatlah Ka'bah). " Hasan menunjuk kepada bangunan empat persegi berwarna hitam itu. Ibunya yang berjalan disisi anaknya tak bereaksi dia terdiam. Perempuan itu sama sekali tidak melihat apa yang ditunjukkan oleh anaknya.
Hasan kembali membisik ibunya. Ia tampak bingung melihat raut wajah ibunya. Di wajah ibunya nampak kebingungan. Ibunya sendiri tak mengerti mengapa ia tak boleh melihat apapun selain kegelapan. Beberapa kali ia mengusap-usap matanya, tetapi kembali yang nampak hanyalah kegelapan.

Padahal, tak ada masalah dengan kesihatan matanya. Beberapa minit yang lalu dia masih melihat segalanya dengan jelas, tapi mengapa apabila memasuki Masjidil Haram segalanya menjadi gelap gelita. Tujuh kali Haji anak yang soleh itu bersimpuh di hadapan Allah. Ia solat memohon ampunan-Nya. Hati Hasan begitu sedih. Siapapun yang datang ke Baitulah, mengharap rahmatNYA. Terasa hampa menjadi tamu Allah, tanpa menyaksikan segala kebesaran-Nya, tanpa merasakan kuasa-Nya dan juga rahmat-Nya.

Hasan tidak berkecil hati, mungkin dengan ibadah dan taubatnya yang sungguh-sungguh, Ibundanya akan dapat merasakan anugerah-Nya, dengan menatap Ka'bah, kelak. Anak yang soleh itu berniat akan kembali membawa ibunya berhaji tahun depan. Ternyata nasib baik belum berpihak kepadanya.

Tahun berikutnya kejadian serupa berulang lagi. Ibunya kembali dibutakan apabila dekat dgn Ka'bah, sehingga tidak dapat menyaksikan bangunan yang merupakan simbol persatuan umat Islam itu. Wanita itu tidak dapat melihat Ka'bah. Hasan tidak patah arang. Ia kembali membawa ibunya ke tanah suci tahun berikutnya. Anehnya, ibunya masih tak dapat melihat Ka'bah. Setiap berada di Masjidil Haram, yang tampak di matanya hanyalah gelap dan gelap.

Begitulah keganjilan yang terjadi pada diri Sarah. Hingga kejadian itu berulang sampai tujuh kali setiapkali menunaikan ibadah haji. Hasan tak habis fikir, dia tak mengerti, apa yang menyebabkan ibunya menjadi buta di depan Ka'bah. Padahal, setiap kali berada jauh dari Ka'bah, penglihatannya selalu normal. Dia bertanya-tanya, apakah ibunya punya kesalahan sehingga mendapat azab dari Allah SWT ?.

Apa yang telah diperlakukan ibunya sehingga mendapat musibah seperti itu ?Segala pertanyaan berkecamuk dalam dirinya. Akhirnya diputuskannya untuk mencari seorang alim ulama yang dapat membantu permasalahannya.

Beberapa saat kemudian ia mendengar ada seorang ulama yang terkenal kerana kesolehannya dan kebaikannya di Abu Dhabi (Uni Emirat). Tanpa kesulitan bererti, Hasan dapat bertemu dengan ulama yang dimaksudkan. Ia pun mengutarakan masalahnya kepada ulama yang soleh ini. Ulama itu mendengarkan dengan saksama, kemudian meminta agar Ibu Hasan perlu menelefonnya. Anak yang berbakti ini pun pulang. Setibanya di tanah kelahirannya, dia meminta ibunya untuk menghubungi ulama di Abu Dhabi tersebut.

Beruntung, si Ibu mahu memenuhi permintaan anaknya. Ia pun menelefon ulama itu, dan menceritakan kembali peristiwa yang dialaminya di tanah suci. Ulama itu kemudian meminta Sarah mengingat kembali,mungkin ada perbuatan atau peristiwa yang terjadi padanya di masa lalu, sehingga ia tidak mendapat rahmat Allah. Sarah diminta untuk bersikap terbuka, mengatakan dengan jujur, apa yang telah dilakukannya. . "Anda harus berterus-terang kepada saya, kerana masalah anda bukan masalah senang," kata ulama itu pada Sarah. Sarah terdiam sejenak. Kemudian dia meminta waktu untuk memikirkannya. Tujuh hari berlalu, akan tetapi ulama itu tidak mendapat sebarang khabar dari Sarah.

Pada minggu kedua setelah percakapan pertama mereka, akhirnya Sarah menelefon. "Ustaz, waktu masih muda, saya bekerja sebagai jururawat di hospital," cerita Sarah akhirnya. " Oh, bagus..... Pekerjaan jururawat adalah pekerjaan mulia," potong ulama itu.

" Tapi saya mencari wang sebanyak-banyaknya dengan berbagai cara, tidak peduli samada cara saya itu halal atau haram," ungkapnya terus terang. Ulama itu terkejut. Ia tidak menyangka wanita itu akan berkata demikian.

" Di sana ...." sambung Sarah, " Saya seringkali menukar bayi, kerana tidak semua ibu senang dengan bayi yang telah dilahirkan. Kalau ada yang menginginkan anak laki-laki, padahal bayi yang dilahirkannya perempuan, dengan imbuhan wang, saya tukar bayi-bayi itu sesuai dengan keinginan mereka. "

Ulama tersebut amat terkejut mendengar penjelasan Sarah.
" Astagfirullah. ....." betapa sanggupnya wanita itu menyakiti hati para ibu yang diberi amanah Allah untuk melahirkan anak. Bayangkan, betapa banyak keluarga yang telah dirosaknya, sehingga tidak jelas nasabnya. Apakah Sarah tidak tahu, bahawa dalam Islam menjaga nasab atau keturunan sangat penting. Jika seorang bayi ditukar, tentu nasabnya menjadi tidak jelas. Padahal, nasab ini sangat menentukan dalam perkawinan, terutama dalam masalah mahram atau muhrim, iaitu orang-orang yang tidak boleh dinikahi." Cuma itu yang saya lakukan, " ucap Sarah. " Cuma itu ? " tanya ulama terperanjat.

"Tahukah anda bahawa perbuatan anda itu dosa yang luar biasa, betapa banyak keluarga yang sudah anda hancurkan! ". . ucap ulama dengan nada tinggi."Lalu apalagi yang Anda lakukan? " tanya ulama itu lagi sedikit kesal. " Di hospital, saya juga melakukan tugas memandikan orang mati. ".. " Oh bagus, itu juga pekerjaan mulia, " kata ulama. " Ya, tapi saya memandikan orang mati kerana ada kerjasama dengan tukang sihir. "
" Maksudnya? " tanya ulama tidak mengerti.. " Setiap saya bermaksud menyengsarakan orang, baik membuatnya mati atau sakit, segala peralatan sihir itu sesuai dengan syaratnya, harus dipendam di dalam tanah. Akan tetapi saya tidak menguburnya di dalam tanah, melainkan saya masukkan benda-benda itu ke dalam mulut orang yang mati. "

" Suatu kali, pernah seorang alim meninggal dunia. Seperti biasa, saya memasukkan berbagai barang-barang tenung seperti jarum, benang dan lain-lain ke dalam mulutnya. Entah mengapa benda-benda itu seperti terkeluar, tidak mahu masuk, walaupun saya sudah menekannya dalam-dalam. Benda-benda itu selalu kembali keluar. Saya cuba lagi begitu seterusnya berulang-ulang. Akhirnya, emosi saya memuncak, saya masukkan benda itu dan saya jahit mulutnya. Cuma itu dosa yang saya lakukan. ". Mendengar pertuturan Sarah yang datar dan tanpa rasa dosa, ulama itu berteriak marah. " Cuma itu yang kamu lakukan ? ". " Masya Allah....!!! Saya tidak dapat bantu anda. Saya angkat tangan ". Ulama itu amat sangat terkejutnya mengetahui perbuatan Sarah. Tidak pernah terbayang dalam hidupnya ada seorang manusia, apalagi dia adalah wanita, yang memiliki nurani begitu buruk sekali, sangat keji.

Tidak pernah terjadi dalam hidupnya, ada wanita yang melakukan perbuatan sekeji itu. Akhirnya ulama itu berkata, " Anda harus memohon ampun kepada Allah, kerana hanya Dialah yang dapat mengampuni dosa Anda.. "

Bumi menolaknya. Setelah beberapa lama, sekitar tujuh hari kemudian ulama tidak mendengar khabar selanjutnya dari Sarah. Akhirnya ia mendapat tahu dengan menghubunginya melalui telepon. Ia berharap Sarah telah bertaubat atas segala yang telah diperbuatnya. Ia berharap Allah akan mengampuni dosa Sarah, sehingga Rahmat Allah datang kepadanya.Kerana tak juga memperoleh khabar, ulama itu menghubungi keluarga Hasan di Mesir..

Kebetulan yang menerima panggilan itu adalah Hasan sendiri. Ulama menanyakan khabar Sarah, ternyata khabar duka yang diterima ulama itu. " Ummi sudah meninggal dua hari setelah menelefon ustaz," ujar Hasan. Ulama itu terkejut mendengar khabar tersebut.. " Bagaimana ibumu meninggal, Hasan ? ". tanya ulama itu.

Hasan pun akhirnya bercerita : Setelah menelefon ulama, dua hari kemudian ibunya jatuh sakit dan meninggal dunia. Yang mengejutkan adalah peristiwa penguburan Sarah.

Ketika tanah sudah digali, semasa dimasukkan jenazah, atas izin Allah, tanah itu rapat kembali, tertutup dan mengeras. Para penggali mencari lokasi lain untuk digali. Peristiwa itu berulang kembali. Tanah yang sudah digali kembali menyempit dan tertutup rapat. Peristiwa itu berlangsung begitu cepat, sehingga tidak seorang pun penghantar jenazah yang menyedari bahawa tanah itu kembali rapat.

Peristiwa itu terjadi berulang-ulang. Para penghantar yang menyaksikan peristiwa itu merasa ngeri dan merasakan sesuatu yang aneh terjadi.Mereka yakin, kejadian tersebut pastilah berkaitan dengan perbuatan si mayat.

Waktu terus berlalu, para penggali kubur putus-asa kerana pekerjaan mereka tak juga selesai. Siang pun berlalu, petang menjelang, bahkan sampai hampir maghrib, tidak ada satu pun lubang yang berhasil digali. Mereka akhirnya pasrah, dan beranjak pulang. Jenazah itu dibiarkan saja terletak di hamparan tanah kering kontang.

Sebagai anak yang begitu sayang dan hormat kepada ibunya, Hasan tidak sanggup meninggalkan jenazah orang tuanya di tempat itu tanpa dikuburkan.
Kalaupun dibawa pulang, rasanya tidak mungkin. Hasan termenung di tanah perkuburan seorang diri.. Dengan izin Allah, tiba-tiba berdiri seorang laki-laki yang berpakaian hitam panjang, seperti pakaian khusus orang Mesir.
Lelaki itu tidak tampak wajahnya, kerana terhalang tutup kepalanya yang menjorok ke depan.. Laki-laki itu mendekati Hasan kemudian berkata padanya, " Biar aku tangani jenazah ibumu, pulanglah! ". kata orang itu.

Hasan lega mendengar bantuan orang tersebut. Ia berharap laki-laki itu akan menunggu jenazah ibunya, menggali lubang dan kemudian mengebumikan ibunya. " Aku minta supaya kau jangan menengok ke belakang, sampai tiba di rumahmu, " pesan lelaki itu. Hasan mengangguk, kemudian ia meninggalkan pemakaman. Belum sempat ia keluar dari tanah perkuburan, terselit keinginannya untuk mengetahui apa yang terjadi dengan jenazah ibunya.

Sedetik kemudian ia menengok ke belakang. Betapa pucat wajah Hasan, melihat jenazah ibunya sudah dililit api, kemudian api itu menyelimuti seluruh tubuh ibunya. Belum habis rasa hairannya, sedetik kemudian dari arah yang berlawanan, api menerpa wajah Hasan. Hasan ketakutan. Dengan langkah seribu, dia pun bergegas meninggalkan tempat itu. Demikian yang diceritakan Hasan kepada ulama itu. Hasan juga mengaku, bahawa separuh wajahnya yang tertampar api itu kini berbekas kehitaman kerana terbakar.

Ulama itu mendengar semua cerita yang diungkapkan Hasan. Dia menyarankan agar Hasan segera beribadah dengan khusyuk dan meminta ampun atas segala perbuatan atau dosa-dosa yang pernah dilakukan oleh ibunya. Akan tetapi, ulama itu tidak menceritakan kepada Hasan, apa yang telah diceritakan oleh ibunya kepada ulama itu. Ulama itu meyakinkan Hasan, bahawa apabila anak yang soleh itu memohon ampun dengan sungguh-sungguh, maka bekas luka di pipinya dengan izin Allah akan hilang.

Benar saja,tidak berapa lama kemudian Hasan kembali memberitahu ulama itu, bahawa lukanya yang dulu amat terasa sakit dan panas luar biasa, semakin hari bekas kehitamannya hilang. Tanpa tahu apa yang telah dilakukan ibunya selama hidup, Hasan tetap mendoakan ibunya. Ia berharap, apapun perbuatan dosa yang telah dilakukan oleh ibunya, akan diampuni oleh Allah SWT.

Semoga kisah ini akan menjadi pengajaran bagi kita semua